Tahniah JPS
Kuala Muda 040611 : Penduduk Kuala Muda mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pengairan & Saliran SPU kerana mengambil tindakan segera terhadap aduan mereka yang dibuat melalui Ahli Majlis MPSP Sdr Abdul Latif Abdullah.
Aduan penduduk menyatakan masalah pembuangan sisa tidak dapat disalurkan ke Muara Kuala telah menyebabkan
air sisa buangan dari rumah penduduk menangkung
didalam parit semenjak beberapa tahun yang lalu.Aduan tersebut telah disuarakan Ahli Majlis MPSP Sdr Abdul Latif kepada Jawatankuasa Pembangunan & Pengindahan MPSP bulan lepas.Pihak MPSP mohon JPS SPU melaksanakan projek tersebut secepat mungkin.Tidak sampai dua minggu pihak JPS SPU telah melaksanakan projek pembinaan longkang baru bagi mengatasi masalah tersebut.

