Berita MPSP

Panji Keadilan

30 aktivis PSM di Reman

Tindakan menahan 30 aktivis PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj dan dihadapkan di Mahkamah Majistret petang ini adalah yang terbaru sejak kelmarin.

Mereka akan disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kesalahan jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Kesemuanya aktivis PSM ini ditahan semalam di plaza Tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis berkaitan Bersih 2.0 di Pulau Pinang.

Kelmarin, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan PAS juga turut ditahan kerana memakai pakaian berwarna kuning di beberapa tempat seperti Kapar dan Ampang.

Sementara itu, laporan Bernama Online Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua di sini petang semalam cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Abdul Rahim berkata, ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

“Antaranya risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, semua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM,” katanya di George Town.

Abdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Pulau Pinang.

“Polis terpaksa menahan semua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara,” katanya.

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.

Kempen PSM bertemakan “Udahlah tu... Bersaralah” itu dikatakan tertumpu ke bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu.

Semalam 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan.

Abdul Rahim berkata, seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Posted by Admin on 12:15 PG. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 30 aktivis PSM di Reman

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery