Berita MPSP

Panji Keadilan

Masalah Kumbahan di Pasar Awam Kepala Batas

Squad Khas MPSP
Bertam,050611 : Ahli Majlis,Abdul Latif Abdullah bersama Setiausaha Perbandaran,Sr Haji Rozali bersama PKA Kesihatan Pn Azizah serta Meriyu Kesihatan Pn Susila melawat Pasar Awam Permatang Manggis bagi melihat secara dekat kerja-kerja yang sedang dibuat oleh Squad Khas MPSP bagi mengatasi paip kumahan yang tersumbat.

Masalah tersebut telah diadukan oleh salah seorang penyewa gerai MPSP kepada akhbar Sinar Harian hari isnin lepas.Paip kumahan yang tersumbat telah menyebabkan sisa kumbahan yang tidak dapat mengalir ke loji membanjiri permukaan jalan.

Bagi mengatasi masalah tersebut,Setiausaha Perbandaran meninjau sendiri masalah tersebut walaupun hari ini merupakan hari cuti.

Punca masalah paip kumahan yang tersumbat dikenal pasti berpunca dari sampah pasar yang masuk ke saluran pembentungan menyebabkan kegagalan pump berfungsi.Pump tidak dapat berfungsi dengan baik bagi mengepam air ke tangki septik.Air yang tidak dapat di pump keluar telah keluar dari mainhole yang terdapat disekeliling pasar.

Setiausaha Perbandaran akan merangka satu pelan tindakan mengatasi masalah tersebut bagi jangka panjang.Sementara itu Ahli Majlis Abdul Latif akan cuba memohon tambahan bajet khas untuk membiayai pelan tindakan.

Posted by Admin on 1:18 PTG. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Masalah Kumbahan di Pasar Awam Kepala Batas

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery