Nyalaan Lilin Bebaskan 30 Aktivis PSM
KEPALA BATAS 250611: Polis menahan 31 orang termasuk
Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya
aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), di plaza Tol Sungai Dua, Sabtu atas alasan bas tersebut membawa senjata merbahaya.
Kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran yang terpampang 1Malaysia dihadapan bas,mereka tiba di Kepala Batas pada jam 3 petang dari Arau Perlis untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang tiada kaitan langsung dengan perhimpunan haram.Selepas pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang senjata merbahaya maupun risalah Bersi 2.0 yang ditemui didalam bas tersebut yang mana perhimpunan aman Bersih 2.0 dijadualkan diadakan pada 9 Julai.
14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan telah selesai pada jam 6.30 petang dan dibebaskan dengan jaminan polis.Namun pada waktu itu pihak polis belum selesai membuat inventori barangan rampasan untuk dikembalikan kepada aktivis PSM.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jayakumar Devaraj sempat memberitahu senjata sebenar yang ditemui polis adalah dua baris ayat yang berbunyi "Udahlah tu...Bersaralah" yang tertulis dibaju kesemua aktivis PSM,ayat tersebut amat menggerunkan pihak polis kerana ia membawa maksud kempen menukar Kerajaan Barisan Nasional semakin mendapat sambutan rakyat.
Sewaktu polis mengira barangan yang dirampas dari dalam bas itu antaranya bendera PSM, buletin sosialis dan kemeja-T bertulisan 'anti capitalism' berwarna merah dan hitam,seorang aktivis PSM yang meninjau dari tingkap bilik untuk melihat barangan mereka telah dikasari polis yang berpakaian biasa,telah menyebabkan lain-lain aktivis yang melihat kejadian itu menjadi marah dan sedikit pertengkaran telah berlaku antara polis dan aktivis PSM.
Ketibaan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Jaafar ke Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara pada jam 8malam telah mengubah keputusan awal OCPD SPU,aktivis-aktivis yang tadinya dibebaskan dengan jaminan polis telah diambil semula rakaman percakapan mereka seorang demi seorang.
Diluar pagar Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara penyokong-penyokong kebebasan bersuara rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan mula menyalakan lilin dan mendesak pihak polis membebaskan tahanan.Mereka terus mendesak tahanan dibebaskan sehingga jam 12.30 pagi apabila anggota UTK polis lebih 40 anggota bergerak keluar dan menyuraikan perhimpunan tersebut.
Penyokong-penyokong kebebasan bersuara rakyat Malaysia bersurai tanpa ingkar arahan polis.Mereka pulang dengan rasa kecewa dengan sikap polis yang double standard yang cuba mencari berbagai sebab hanya untuk menahan 30 aktivis PSM.