Pas menyediakan perlindungan untuk saudara-mara tahanan PSM
Markas Pas Negeri Pulau Pinang yang terletak di Pongsu Seribu Seberang Perai Utara menyediakan perlindungan bagi sesetengah ahli keluarga rakan-rakan dan 35 aktivis PSM ditahan di Kepala Batas.
Saudara-mara dan rakan-rakan sebelum ini telah menunggu di perhentian bas berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ( IPD SPU ) semenjak 11.00 pagi setibanya mereka ke Kepala Batas dari Sungai Siput.
AMK Pulau Pinang telah menyalurkan bantuan berupa makan tengahari kepada mereka,manakala YB Law Choo Khiang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang menyediakan kemudahan asas kepada mereka yang dijadualkan akan bermalam di hadapan IPD SPU.Beliau telah menyewa tandas bergerak dari Pihak Perbandaran Seberang Perai.Khemah kanopi yang akan dipasang untuk mereka bermalam tidak sempat dipasang setelah Polis mengarahkan mereka bersurai dari situ.
Sementara itu bagi menakut-nakutkan ahli-ahli keluarga tahanan yang akan bermalam dengan khemah kanopi disitu,sekumpulan kira-kira 100-200 belia, sebahagian daripada mereka datang kesitu dengan menunggang motor dan basikal, telah diupah oleh UMNO dan juga PERKASA.
Bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku rombongan keluarga mangsa telah dipindahkan ke Markas PAS Negeri di Pongsu Seribu.
Saudara-mara dan rakan-rakan sebelum ini telah menunggu di perhentian bas berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara ( IPD SPU ) semenjak 11.00 pagi setibanya mereka ke Kepala Batas dari Sungai Siput.
![]() |
YB Law & SU Agung PSM |