Berita MPSP

Panji Keadilan

TKM1 di Bertam

Gunasegaran ( Kiri YB TKM1 ) 
Bertam,050611 :YB Dato Mansor Othman melakukan lawatan kerja dengan melawat penduduk Kg Kovil hari ini.Selama 2 jam lebih YB menghabiskan masa bersama penduduk.Beliau mendengar permasalahan penduduk yang dikemukakan terus kepada beliau.

Sebelum itu penduduk Kg Kovil terutama dari kaum india telah diraikan YB TKM1 dengan menyempurnakan pemberian hamper kepada lebih 50 orang penduduk miskin.

Dalam ucapan beliau,YB TKM1 memberi komitmen yang jitu bagi menyelesaikan masalah penduduk Kg Kovil.Isu utama penduduk Kg Kovil adalah masalah penukaran hak milik tanah yang mereka beli bertahun dahulu tetapi sehingga hari ini belum mendapat geran hak milik.Isu ini mendapat perhatian yang serius dari YB TKM1.Dari Abdul Latif yang merupakan Ketua Cabang Parti KEADILAN Rakyat Kepala Batas telah diarahkan supaya memberikan maklumat secepat mungkin kepada beliau bagi menanggani isu pemilikan geran tanah ini dengan segera.

Penduduk Kg Kovil terutama yang terlibat dengan permasalahan tersebut amat terharu dengan keprihatinan YB TKM1 terhadap isu mereka.Ekoran dari sikap ambil berat seorang TKM1 kepada permasalahan rakyat,seorang penduduk telah memohon borang keahlian PKR untuk menjadi anggota PKR Cabang Kepala Batas.

Program pemimpin bersama rakyat ini adalah anjuran JKKK Kg Datok yang mana Gunasegaran A/L Pakari menjadi Pengerusi JKKK yang pertama dari kaum India dalam Parlimen Kepala Batas yang di lantik Kerajaan Negeri.Mengikut rekod sebelum ini belum ada Pengerusi JKKK dari kalangan kaum India yang dilantik Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan Barisan Nasional.


Posted by Admin on 12:32 PTG. Filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for TKM1 di Bertam

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery