Berita MPSP

Panji Keadilan

50 keluarga dapat hamper,limau.

Pengerusi JKKK Kg Selamat dan Kg Datuk memberi hamper.Lagi gambar.


Pinang Tunggal : 01 Februari 2011

Sambutan Tahun Baru Cina kali ini pastinya cukup bermakna kepada 50 keluarga kaum Tionghua disini,apabila menerima sumbangan hamper dan limau mandarin daripada Ahli Majlis MPSP Abdul Latif Abdullah semalam.

Sumbangan itu diserahkan sendiri Abdul Latif yang juga Ketua Cabang PKR Kepala Batas kepada penduduk terbabit di perkarangan Tokong kaum itu di Pekan Kampung Bumbung Lima disini.

Mereka adalah penduduk dari dua kampung iaitu Kampung Bumbong lima dan Kampung Paya Keladi serta sebahagian besarnya golongan yang berpendapatan rendah.
Abdul Latif berkata,sumbangan itu sebagai tanda sokongan pihaknya kepada masyarakat kaum Tionghua yang bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

”Pemberian hamper dan limau ini adalah aktiviti tahunan yang dilakukannya sebagai inisiatif mengukukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di daerah ini.” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Turut hadir Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri 
( JKKKN ) Bumbong Lima,Mohd Nasir Yahaya.Menurutnya,walaupun kecil sumbangan itu sebenarnya memberi makna dalam mengeratkan antara rakyat berbilang kaum di daerah ini.

- Petikan berita Sinar Harian,Rabu 02 Februari 2011.

Posted by Admin on 9:57 PTG. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for 50 keluarga dapat hamper,limau.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery