Tiga Ranting Baru PKR Ditubuh
Kepala Batas : 07 Mac 2011
PKR Kepala Batas semakin mendapat tempat dalam kalangan anggota masyarakat apabila tiga lagi ranting baru parti itu ditubuhkan.
Penubuhan ini diwujudkan melalui majlis penyerahan borang keahlian iaitu seramai 242 ahli baru bagi tiga Ranting merangkumi Bertam 110 ahli,Kuala Muda 52 ahli dan Kampung Kovil 80 kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Millinium disini malam semalam.
Anwar menerima borang keahlian itu daripada Ketua PKR Cabang Kepala Batas,Abdul Latif Abdullah yang mewakili ketiga-tiga ketua penaja ranting terbabit ketika turun padang menghadiri Program Karnival Harmoni Pulau Pinang disini,malam semalam.
Abdul Latif berkata dengan penubuhan tiga ranting baru itu pihaknya kini sudah mempunyai 33 ranting PKR di seluruh Kepala Batas yang secara tidak loangsung mengambarkan Kepala Batas kini menjadi salah satu kubu kuat PKR.
- Petikan berita Sinar Harian,Isnin 07 Mac 2011.

"Kita senantiasa mengalu-alukan penubuhan ranting baru melalui penyertaan ahli masyarakat dalam parti ini membuktikan mereka sudah yakin dengan perjuangan kita."
"Matlamat kita hanya satu iaitu ingin berbakti kepada rakyat termasuk menjaga kebajikan mereka tanpa mengira latar belakang agama dan kaum." katanya kepada Sinar Harian