Berita MPSP

Panji Keadilan

JERSI PUTIH MILIK ANUAR

24/01/2011

BUTTERWORTH: Selepas Mohd. Harrif Salleh, semalam giliran seorang lagi pelumba Terengganu ProAsia Cycling Team (TSG), Anuar Manan menjejakkan kaki di podium pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011).
Biarpun sekadar menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua semalam, Anuar yang juga Raja Pecut 2010 masih boleh berbangga kerana berjaya menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia.
Bagi Anuar, kejayaannya merampas Jersi Putih di tangan pelumba sensasi pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Sungbaek dianggap sebagai satu bonus.

“Sasaran awal saya adalah untuk meraih Jersi Biru (Raja Pecut) tetapi dengan kejayaan menyarung Jersi Putih ini sudah boleh dikira baik kerana ia bukan sasaran sebenar saya. 

“Saya gembira kerana sekurang-kurangnya saya dapat menyarung satu jersi selepas saya gagal melakukannya pada perlumbaan peringkat pertama di Langkawi semalam (kelmarin),” jelas Anuar pada sidang media semalam.
Mengulas saingan semalam, Anuar berkata, dia bernasib baik kerana tidak terlibat dengan beberapa insiden kemalangan yang berlaku khususnya pada penghujung perlumbaan.

“Hari ini (semalam) banyak kemalangan, jadi saya agak sedikit takut. Situasi itu menyebabkan saya kehilangan banyak tenaga kerana perlumbaan tidak begitu lancar.

“Namun, saya bersyukur kerana tidak berdepan dengan sebarang masalah walaupun saya hampir terlibat dengan kemalangan,” katanya.

Anuar menambah, dia tetap berpuas hati kerana masih mampu menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketiga biarpun pada suatu ketika, pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu ini berpeluang muncul juara.

“Kira-kira dua kilometer terakhir, saya cuba untuk berada dalam kelompok hadapan tetapi saya hilang tenaga ketika menuju ke garisan penamat sehingga gagal memintas pelumba yang berada di depan saya.

“Ketika itu, saya terpaksa berusaha sendiri kerana tidak ada bantuan daripada rakan-rakan sepasukan yang lain. Saya tersangkut dengan pelumba-pelumba lawan dan hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
“Apa pun, saya tetap gembira dan bersyukur menduduki tempat ketiga. Saya akan cuba lagi untuk memperbaiki prestasi saya pada perlumbaan seterusnya,” jelas Anuar.

Hari ini akan berlangsung perlumbaan peringkat ketiga sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan, Perak melibatkan tiga zon pecutan dan satu zon bukit.

“Inilah peluang bagi saya untuk mengutip seberapa banyak mata dalam zon pecutan selepas saya hanya mampu mengutip 3 mata di zon pertama pada perlumbaan hari ini (semalam).

“Saya hanya perancangan serta startegi pasukan akan berhasil pada perlumbaan esok (hari ini) sebelum kami menghadapi tugas lebih mencabar pada peringkat keempat dan kelima,” katanya.

Posted by Admin on 6:57 PTG. Filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for JERSI PUTIH MILIK ANUAR

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery