Surat Terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia
Surat terbuka kepada,
Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib BinTun Abdul Razak.
Adalah
tidak bermoral dan haram untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13
sebelum melaksanakan reformasi pilihan raya yang bebas dan adil
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,
Sebagai
Perdana Menteri, adalah amat mustahak untuk YAB memenuhi janji yang
termaktub di dalam ucapan penutup Persidangan Pemimpin Pelajar Malaysia
Kelima (MSLS) pada 31 Julai 2011, dan saya petik:
“Saya komited untuk melakukan pembaharuan pilihan raya. Kami akan melaksanakannya. Contohnya, terdapat kebimbangan mengenai pengundi hantu. Kami akan memastikan tidak akan ada peluang untuk pengundi hantu.”“Jangan merasa sangsi komitmen kami untuk memperbaiki sistem tersebut. Kami mempunyai kelemahan tetapi tidak ada seseorang pun yang dapat menafikan bahawa terdapat demokrasi.”
Rakyat
tidak akan membiarkan tindakan mengalihkan perhatian dengan memberi
alasan-alasan seperti perubahan kepada tempat perhimpunan, tindakan
keras atau secara terpilih mengisytiharkan kumpulan-kumpulan tertentu
sebagai tidak sah (berkait BERSIH 2.0).
Sebaliknya, tumpuan perlu
dikekal kepada lapan tuntutan untuk merealisasikan proses pilihan raya
yang bersih dan adil di Malaysia.
1. Bersihkan senarai pengundi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwa kekal
4. Akses Media Bebas dan Adil
5. Masa berkempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.
Sebagai
peringatan, dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih YAB
sebagai Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, peluang untuk melaksanakan
reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk
menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.
Pelaksanaan reformasi pilihan
raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB tidak lagi terbuka
kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah
menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.
YAB juga perlu menyelami hati
nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi ini akan memastikan
YAB mendapat pengesahan dari rakyat bukan daripada mereka yang ingin
merampas takhta politik YAB.
Dengan melaksanakan
tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di
bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Merelealisasikan Suruhanjaya Pilihan Raya yang menikmati sokongan dan keyakinan rakyat.
Akhir sekali, saya mengucapkan
terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan
refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera
dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang
dibuat oleh BERSIH 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
Adalah tidak bermoral dan haram
bagi YAB untuk mengadakan PRU Ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan
raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.
Pilihan raya yang bersih dan
adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi yang moden; ke arah
mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih
kerajaan yang memerintah hari ini.
Oleh itu, saya ingin menyatakan
bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan,
maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang
yang setia kepada negara.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat
Terpenting, Rakyat Malaysia

