Berita MPSP

Panji Keadilan

Pulau Pinang lulus nama tiga jalan baru

Harakahdaily   

GEORGETOWN, 28 Julai: Mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang semalam telah meluluskan cadangan nama baru bagi tiga jalan dalam negeri iaitu Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Jalan Father Julien dan Jalan P Patto.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bahagian Kerajaan Tempatan telah menerima 3 permohonan untuk menukar nama jalan sedia ada, iaitu 2 jalan di Daerah Seberang Perai Utara dan 1 jalan di Daerah Timur Laut.
Permohonan itu, katanya bagi nenamakan jalan dari Sekolah Hashim Awang hingga ke Sekolah Bakti yang merangkumi Jalan Bertam dan Jalan Kubang Menerong sebagai Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Jalan Mak Mandin menuju ke Jalan Bunga Tanjung 7, Butterworth kepada Jalan P Patto dan menamakan jalan di tepi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee di Jalan Hamilton sebagai Jalan Father Julien
“Allahyarham Tun Hamdan Sheikh Tahir adalah bekas Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang terkenal sebagai seorang tokoh pendidikan. Beliau juga adalah bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Jelasnya, cadangan itu adalah daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan adalah dari Sekolah Rendah Kebangsaan Hashim Awang hingga ke Sekolah Menengah Bakti dan merangkumi Jalan Bertam serta Jalan Kubang Menerong.
 Katanya, alasan JNNG (Jawatankuasa Negeri Nama Geografi) adalah kawasan itu terdiri daripada kawasan perumahan yang baru dan kebanyakan alamat rumah tidak terikat dengan nama Jalan Bertam.
Oleh itu, ujarnya dijangka cadangan nama baru Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir menggantikan Jalan Bertam tidak mengalami masalah dan akan diterima oleh penduduk tempatan.
Tambahnya, cadangan menamakan Jalan P Patto adalah daripada beliau dan jalan yang dimaksudkan adalah jalan yang sedia ada iaitu Jalan Mak Mandin sehingga bersimpang dengan Jalan Mawar.
Katanya, satu jalan baru yang selari dengan Jalan Raja Uda sedang dibina untuk menyambung simpang ini dengan Jalan Bunga Tanjung 7.
“Adalah dicadangkan Jalan Mak Mandin sedia ada dan jalan yang sedang dibina ini dicantumkan dan dinamakan Jalan P Patto.
“Isteri mendiang P Patto telah dihubungi mengenai cadangan ini dan beliau telah bersetuju secara lisan,” jelasnya.
Menurutnya, mendiang P Patto adalah ahli politik pembangkang yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan pada satu ketika adalah Ahli Parlimen Bagan.
Beliau berkata, cadangan nama Jalan Father Julien dipohon oleh Teh Yee Chew, Adun Tanjung Bungah.
Jalan yang dimaksudkan, ujarnya adalah sebuah jalan tepi Sekolah Menengah Kebangsaan Heng Ee di Jalan Hamilton yang belum ada nama, jaraknya agak pendek iaitu kira-kira 50 meter. 

Posted by Admin on 12:46 PG. Filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pulau Pinang lulus nama tiga jalan baru

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery