Berita MPSP

Panji Keadilan

Remaja memiliki emosi yang tidak stabil

Bertam 18 Dis 2010 :
"Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami  pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, remaja memiliki emosi yang tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".

Remaja juga lebih gemar bergaul dengan rakan sebaya daripada berada bersama ibu bapa.  Remaja  merupakan SATU TAHAP  perkembangan sosial seseorang. Sehubungan itu, remaja DIKENALPASTI gemar berkawan dan mudah pula tersinggung."Ucapan YB Ketua Menteri ketika melancarkan Rakan Anti Jenayah Sosial Kepala Batas ( RATNA ).

YB Tuan Lim Hock Seng selepas perasmian bergambar bersama tetamu yang hadir.
Ucapan perasmian Kempen Anti Jenayah Sosial peringkat Daerah Seberang Perai Utara telah disampaikan oleh YB Tuan Lim Hock Seng yang menggantikan YB Lim Guan Eng yang tidak dapat hadir kerana mempunyai jadual lain pada masa yang sama.

Majlis perasmian RATNA diadakan serentak dengan Kempen Anti Jenayah Sosial peringkat Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Miliki Jalan Sekolah Hashim Awang Kepala Batas pada 18hb Disember 2010.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Penyelaras Kadun Bertam bersama-sama KEADILAN Cabang Kepala Batas dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pameran oleh Jabatan Bomba
Pegawai Penyelaras Kadun Bertam menjawab soalan apakah objektif RATNA ditubuhkan menjelaskan memandangkan peningkatan kes-kes jenayah sosial kebelakangan ini melibatkan remaja maka RATNA ditubuhkan bagi menanam semangat kebencian remaja kepada jenayah sosial.Matlamat tersebut akan dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak termasuk ibubapa dan juga pemimpin masyarakat disetiap lapisan.Bagi meningkatkan keupayaan RATNA,tiga siri kursus RATNA akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Ahli RATNA membuat pra-daftar ibu tunggal
Sementara itu pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang hari sempena perasmian RATNA Kepala Batas.Kaunter-kaunter  pendaftaran SPR,Warga Emas,Keahlian RATNA dan pra daftar Ibu-ibu tunggal.Kaunter yang menarik ramai adalah kaunter pra-pendaftaran Ibu Tunggal.Seramai 170 ibu-ibu tunggal dari pelbagai kaum berjaya didaftarkan pada hari tersebut.

Posted by Admin on 2:28 PG. Filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Remaja memiliki emosi yang tidak stabil

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery