Berita MPSP

Panji Keadilan

Perutusan Ketua Menteri sempena Pelancaran RATNA


Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan di dalam buku cenderahati sempena Majlis Kempen Anti Jenayah Sosial Peringkat Daerah SPU dan pelancaran Rakan Anti Jenayah Sosial ( RATNA ) Kepala Batas.
Syabas dan tahniah kepada Penyelaras KADUN Bertam dan Jawatankuasa RATNA Kepala Batas di atas usaha murni ini, yang telah mengambil inisiatif khas menubuhkan satu pasukan sukarelawan yang diberi nama RAKAN ANTI JENAYAH SOSIAL ( RATNA ).
Umumnya penubuhan RATNA bertujuan memupuk semangat dan kesedaran awal ke dalam diri remaja supaya anti kepada jenayah sosial. Dengan kebencian yang ada pada diri remaja adalah diharapkan supaya generasi muda negara tidak terjebak dengan anasir-anasir yang menjurus kepada jenayah sosial. Atas kesedaran tersebut, kejadian jenayah sosial dapat dikurangkan.
Penubuhan RATNA juga dapat mewujudkan nilai kebertanggungjawaban dan patriotik kepada seseorang pada peringkat awal. Lazimnya, inisiatif penubuhan RATNA adalah bagi membuka mata dan minda kepada komuniti setempat mengenai tanggungjawab serta peranan membanteras jenayah terutamanya jenayah sosial. Selaras dengan seruan Kerajaan Negeri untuk mensifarkan jenayah di negeri ini seiring dengan misi untuk muncul sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa.
RATNA diharapkan dapat berperanan memantapkan lagi gerak kerja JKKK terutamanya dalam membantu JKKK sebagai mata dan telinga Kerajaan Negeri. Seterusnya tenaga golongan remaja dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha Kerajaan Negeri memperkasakan rakyat. Disamping itu, kekosongan aktiviti golongan remaja dapat dipenuhi ke arah patriotisme dan mempersiapkan golongan remaja sebagai pemimpin masa depan. Saya penuh yakin dengan penyertaan golongan remaja sebagai anggota RATNA,  aktiviti yang sihat dapat dirangka untuk golongan remaja yang akhirnya akan menjayakan Kempen Anti Jenayah Sosial bagi mewujudkan komuniti yang harmoni.
Akhir kata bagi mencapai matlamat untuk muncul sebagai sebuah bandaraya bertaraf antarabangsa, intipati yang perlu ditekankan adalah pada aspek pembangunan sosial membabitkan kepelbagaian golongan masyarakat setempat. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab pimpinan di setiap peringkat untuk mengambil inisiatif khas bagi memupuk kesedaran terutamanya di kalangan generasi muda mengenai jenayah-jenayah sosial yang menjadi virus masyarakat kini.
Masyarakat selamat, nyawa berharga,
Adil ditegak, maruah dijaga,
Pulau Pinang harapan bersinar,
Amar Maa'ruf Nahi Mungkar.

Cekap, Akauntabiliti dan Telus.
YAB Tuan Lim Guan Eng,
Ketua Menteri Pulau Pinang.

Posted by Admin on 1:36 PG. Filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Perutusan Ketua Menteri sempena Pelancaran RATNA

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery