Berita MPSP

Panji Keadilan

Amaran LGE: DAP boleh hilang P Pinang jika berpecah

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng melontarkan pertanyaan kepada para perwakilan di konvensyen DAP Pulau Pinang hari ini: Adakah mereka mahu konvensyen yang akan datang berlangsung di Komtar atau di tempat lain kerana tewas dan kecewa?

lim guan engLim memberi ingatan itu kepada 440 perwakilan yang hadir bahawa mereka tidak boleh membuang masa jika parti itu mahu mengekalkan demokrasi, kebebasan dan maruah, selepas ia merampas negeri itu dalam pilihan raya umum 2008.

"Dua tahun dari sekarang, konvensyen DAP Pulau Pinang sama ada akan diadakan di sini selepas Pakatan Rakyat menang untuk penggal kedua; atau bertemu di tempat lain kerana kalah dan kecewa selepas mentadbir selama sepenggal," tegasnya lagi.

"Sama ada kita berjaya atau gagal, akan ditentukan oleh keputusan yang dibuat oleh anda semua," tambahnya.

Lim bertanya apakah Pakatan boleh bersatu, bekerja keras, komitmen terhadap satu sama lain dan kesetiaan terhadap cita-cita untuk membawa kelainan kepada Pulau Pinang.

Menurutnya lagi, pilihanraya umum akan datang akan menentukan sama ada demokrasi dapat bertahan, kerajaan rakyat dapat berfungsi dan wujudnya integriti dalam pentadbiran kerajaan.

Posted by Admin on 9:44 PTG. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Amaran LGE: DAP boleh hilang P Pinang jika berpecah

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery