Berita MPSP

Panji Keadilan

Pendapat Warga Emas

Seorang Warga Emas Yahaya Saidin berusia lebih 70 tahun yang ditemui semasa Kaunter Pendaftaran Warga Emas dibuka oleh JKKK Padang Benggali melahirkan rasa kegembiraan kerana berjaya mendaftar sebagai Warga Emas dalam program penghargaan warga emas rakyat Pulau Pinang.

Beliau yang berkerja sebagai seorang pesawah berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang amat prihatin kepada warga negarinya terutama kepada warga yang telah mencapai usia 60 tahun.

Ditanya apakah pandangan beliau tentang Program Penghargaan Warga Emas yang dijalankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.Beliau hanya menjawab ringkas 'Bagus'.Baginya beliau bersyukur dengan apa saja yang diberi.

Dari itu Yahaya Saidin tidak melepaskan peluang untuk mendaftarkan dirinya untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.00 dalam Program Penghargaan Warga Emas.

Seorang Warga Emas wanita yang berusia lebih 70 tahun Puan Khatijah juga mengongsi kegembiraan apabila mendapat tahu Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang sangat prihatin dengan golongan Warga Emas seperti dirinya.Inilah kali pertama dalam tempoh hidupnya lebih tujuh puluh tahun mendapat sumbangan seperti ini.



Makcik Miah 70 tahun yang tinggal di Permatang Pak Maras amat terharu dengan Program Penghargaan ini kerana sebelum ini beliau hanya menerima sumbangan berupa 'hamper' dari Ahli Parlimen Kepala Batas itu pun pada waktu menyambut Hari Raya.Beliau juga mengadu mengenai anaknya seorang ibu tunggal yang kurang mendapat perhatian daripada JKKKP.

Bila ditanya perhatian yang bagaimana yang tidak diberikan oleh JKKKP,beliau berkata anaknya yang kini merupakan ibu tunggal telah cuba mendapatkan bantuan dari JKKKP supaya menyiapkan rumahnya yang terbengkalai malangnya permohonan yang dibuat kepada JKKKP tidak dilayan tetapi apa yang beliau kesalkan ialah saudara mara kepada JKKKP itu mendapat banyak bantuan sedangkan mereka bukanlah dari kalangan yang perlu dibantu.

Makcik Miah berharap Kerajaan Negeri hari ini dapat memhulurkan bantuan kepada anaknya untuk menyiapkan rumah anaknya yang terbengkalai.

Posted by Admin on 4:08 PG. Filed under , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Pendapat Warga Emas

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery