Berita MPSP

Panji Keadilan

Bertam Nite - Tiada Kaitan Dengan KeADILan


Kenyataan Media Abdul Latif Abdullah Ketua Cabang Kepala Batas berkaitan Isu Bertam Nite 2012.

Tarikh: 06hb Jun 2012

Berhubung dengan program Betam Nite 2012 yang telah berlangsung di Kompleks Sukan MPSP

Bertam pada 03 Jun 2012 bermula jam 8.00 malam yang menjadi kontroversi dengan adanya persembahan yang menyerupai K-POP sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas khasnya dan Parti Keadilan Rakyat amnya.

Program tersebut merupakan anjuran Haji Johari Kassim bersama Asrol Sani Pegawai Penyelaras Kadun Bertam yang mana Haji Johari Kassim sedang melobi untuk menjadi calon bagi Kadun N03 Bertam pada PRU13 nanti.PKR Cabang Kepala Batas tidak pernah mencadangkan nama Haji Johari Kassim sebagai Calon N03 Bertam.

PKR Cabang Kepala Batas juga dengan ini menafikan Saudara Izmir adalah Pengarah Jentera Pilihanraya PKR KADUN Bertam PRU13.Justeru itu beliau bukan seorang yang berhak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menjalankan sebarang urusan bagi pihak PKR Cabang Kepala Batas dan Parti Keadilan Rakyat.

Disini ingin saya tegaskan bahawa tidak ujudnya PKR Bertam,didalam struktur Parti Keadilan Rakyat yang ada adalah Pimpinan Pusat,Pimpinan Negeri,Pimpinan Cabang dan Pimpinan Ranting.Dengan penjelasan ini diharapkan orang ramai tidak lagi terkeliru dan dikelirukan oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri di Parlimen Kepala Batas.

Sebagai makluman Haji Johari Kassim adalah ahli PKR dari Cabang PKR Tasek Gelugor dan beliau tidak terlibat sama sekali dengan Pentadbiran dan Pengurusan Jawatankuasa Cabang Kepala Batas yang memenangi semasa pemilihan PKR pada tahun 2010.

Jawatankuasa program Bertam Nite 2012 terdiri dari mereka yang dibawa dari luar Cabang Kepala Batas oleh Haji Johari Kassim.Mereka tidak berpengalaman dalam penganjuran program-program Parti Keadilan Rakyat.Ahli Cabang Kepala Batas yang terlibat hanya 3-5 orang anggota sahaja.

Dengan ini saya bagi Pihak PKR Cabang Kepala Batas memohon maaf kepada seluruh pendokong Pakatan Rakyat khususnya kepada warga Kepala Batas.Buat masa ini ahli-ahli PKR Cabang Kepala Batas dan seluruh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Kepala Batas masih tetap berada dalam semangat juang yang tinggi bagi meneruskan agenda Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya.

Terima Kasih.

ABDUL LATIF ABDULLAH
Ketua Cabang PKR Kepala Batas.
019.5605755

Hanya dengan modal sekali RM25 
anda berpotensi mendapat RM300,000
dalam masa 8 minggu sahaja!
http://www.Step2Rich.net/team2012

Posted by Admin on 11:24 PG. Filed under , , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bertam Nite - Tiada Kaitan Dengan KeADILan

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery