Berita MPSP

Panji Keadilan

Jangan halang orang buat baik


KEPALA BATAS: Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal Kementerian Pelajaran Malaysia sanggup menghalang usaha kerajaan negeri Pulau Pinang daripada memberi RM100 kepada pelajar membabitkan darjah 1, 4 tingkatan 1 dan 4.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemberian sumbangan itu kepada 300 orang pelajar emas seluruh Parlimen Kepala Batas di Komplek Sukan Bertam petang tadi.

Sepatutnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Ir Dr Wee Ka Siong tidak bertindak campur tangan melarang sekolah rendah dan menengah negeri ini daripada menerima borang yang dihantar demi kebaikan pelajar sendiri.

"Kementerian Pelajaran patut berterima kasih pada Kerajaan Pakatan Rakyat yang berusaha membantu pelajar darjah satu, empat, tingkatan satu dan tingkatan empat bukan menghalang pihak sekolah daripada bekerjasama," tegasnya.

Sikap yang ditunjukkan oleh menteri dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertamadhun, katanya.

Sepatutnya mereka bersikap terbuka untuk membantu ibu bapa yang kurang mampu.

Kementerian Pelajaran katanya, hendaklah berbincang dengan kerajaan mana-mana negeri yang mempunyai agenda kebaikan untuk pelajar mudah-mudahan boleh dijadikan agenda kementerian pada masa depan.

"Kementerian boleh berbincang dengan kerajaan negeri walaupun ianya diperintah oleh Pakatan Rakyat asalkan agendanya untuk membantu pelajar bukan bertujuan politik.  Itulah yang sebaiknya, " tegas beliau yang sedang mengadakan Jelajah Merdeka ke Pulau Pinang hari ini.

Program tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Haji Malik Kassim, Speaker Dun Pulau Pinang, Haji Halim Husein, Ketua Cabang Keadilan Kepala Batas, Abdul Latif Abdullah, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Haji Jasni Ismail dan ramai lagi.


Sumber : Harakahdaily

Hanya dengan modal sekali RM25 
anda berpotensi mendapat RM300,000
dalam masa 8 minggu sahaja!
http://www.Step2Rich.net/team2012

Posted by Admin on 2:58 PG. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Jangan halang orang buat baik

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery