Berita MPSP

Panji Keadilan

Wartawan antara 48 ahli baru PBT Pulau Pinang

Seorang wartawan akhbar Tamil adalah antara 48 ahli baru majlis perbandaran bagi sesi 2012-2013 yang dilantik oleh kerajaan negeri Pulau Pinang semalam.

NONEKetika mengumumkan senarai nama tersebut, anggota exco bagi kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow (kiri) berkata, S Guanalan, 46, telah menjadi ahli DAP sejak 1990.

Guanalan adalah setiausaha cawangan Taman Inderawasih, Prai dan juga setiausaha organisasi jawatankuasa perhubungan Batu Kawan.

Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy adalah ahli parlimen Batu Kawan dan ADUN Prai.

Guanalan adalah kakitangan sambilan akhbar Makkal Osai, dan hadir sebagai perwakilan di konvensyen parti itu di Butterworth bulan lepas.

Chow, yang juga ahli parlimen Tanjung, ditanya sama ada pelantikan seorang wartawan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai akan menimbulkan masalah etika atau konflik kepentingan.

Beliau juga ditanya mengenai harapan kerajaan negeri terhadap wartawan tersebut apabila melantiknya ke jawatan berkenaan.
"Dia perlu tahu etika kewartawanan dan terdapat juga garispanduan dalam majlis yang dia harus ikut," kata Chow kepada pemberita.

Guanalan adalah antara beberapa perwakilan yang cuba bercakap di konvensyen tersebut di mana berlakunya ketegangan berhubung pertelingkahan antara Ramasamy dengan pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh berhubung isu 'godfather' dan 'warlord'.

Guanalan bagaimanapun telah dihalang oleh kakitangan keselamatan parti itu daripada bercakap apabila dia cuba mempertahankan Ramasamy.

Guanalan berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada akan melepaskan kerja sebagai wartawan untuk memberi tumpuan sepenuh masa sebagai ahli majlis.

Katanya, beliau tidak nampak sebarang masalah etika kerana dia sentiasa "berhati-hati" dalam laporannya sebagai seorang wartawan.

Sementara itu, Chow mengumumkan pelantikan ahli majlis tersebut adalah selaras dengan Seksyen 10 Akta 1976 Kerajaan Tempatan, yang menyatakan kerajaan tidak boleh melantik kurang daripada lapan atau lebih daripada 24 individu bagi setiap majlis - di Pulau Pinang (MPPP) dan Seberang Perai (MPSP).

Dalam senarai MPPP, pelantikan politik termasuk 10 (DAP), lapan (PKR) dan dua (PAS).

NONEBekas ketua cabang PKR Bukit Gelugor, Lim Boo Chang (kiri), yang melepaskan jawatan sebagai ahli majlis bulan lalu, digantikan oleh Ng Chek Siang, iaitu ketua biro pilihan raya Pemuda DAP negeri.

Bagi MPSP, pelantikan politik termasuk 10 (DAP), sembilan (PKR) dan dua (PAS).

Dalam senarai MPSP, kata Chow, terdapat tiga pelantikan baru bagi DAP kerana tiga bekas ahli majlisnya, telah digugurkan dari senarai atas sebab-sebab peribadi.

Salah satu daripada mereka yang meletak jawatan itu ialah M Ramachandran, yang menerima pelantikan sebagai pengarah eksekutif Hindu Endowment Board.

Sementara itu, kuota untuk NGO - tujuh ahli majlis - kekal tidak berubah sejak tahun 2008.

Kerajaan negeri, bagaimanapun, mengekalkan aktivis sosial Lim Mah Hui, walaupun dia mengkritik MPPP berhubung kontroversi sPICE (Pusat Konvensyen dan Pameran subteranean Antarabangsa Pulau Pinang).

Mah Hui membantah projek RM50 juta itu di Bayan Baru, yang didakwa lebih menguntung pemaju, daripada penduduk Pulau Pinang sendiri.
...............................................
Slimberry by Wella
Lose weight increase energy!
Click to Receive Free Sample
..................................
Revolutionize the email experience.
Start your FREE Trial of GetResponse Email-to-Speech.
http://www.getresponse.com/index/teamslim

Posted by Admin on 9:41 PTG. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Wartawan antara 48 ahli baru PBT Pulau Pinang

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery