Tarikh Hari Raya Haji @AidilAdha diisytiharkan 6 November 2011 | Hayatilah Pengorbanan
Salam hormat,
Sumber asal : tarikh-hari-raya-haji-aidiladha-diisytiharkan-6-november-2011-hayatilah-pengorbanan
...............................................
Slimberry by Wella
Revolutionize the email experience.
Start your FREE Trial of GetResponse Email-to-Speech.
http://www.getresponse.com/index/teamslim
Pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji @AidilAdha akan disambut oleh Umat Islam di Malaysia pada 6 November 2011. AidilAdha yang juga dikenali Hari Raya Korban, turut sama mengajak umat Islam menghayati erti pengorbanan sebagaimana umat Islam terdahulu.
AidilAdha merupakan perayaan terbesar dalam Islam selepas Aidilfitri yang disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah
setiap tahun. Ia juga merupakan perayaan yang istimewa kerana ia
merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi
Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Ibadat Korban antara Keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik
Ibadat korban
ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas
khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam
matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud
dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah
agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri
kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh
pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender
Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam
di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan
diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar
Mekah.
Antara amalan sunat ketika EidulAdha
- orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian.
- Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
- Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri.
Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
- hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat.
Hayati erti Pengorbanan menurut pandangan Islam
Erti pengorbanan membawa pengertian yang
luas dan subjektif. Ianya mungkin korban dari segi masa, tenaga, wang
ringgit atau apa saja. Namun, pengorbanan yang dituntut di dalam Islam
bukanlah berbentuk negatif yang boleh memudaratkan diri sendiri dan juga
orang lain.
Jika kita mampu menghayati erti korban
yang sebenar-benarnya menurut Islam, insya-Allah akan wujud ketenangan
dan kedamaian dalam masyarakat dan akan dekatlah jurang yang memisahkan
antara yang kaya dengan yang miskin, antara yang kuat dengan yang lemah
dan antara penguasa dengan rakyat biasa.
Insya-Allah..
p/s – Berkorbanlah pada jalan yang benar menurut Islam..
Sumber asal : tarikh-hari-raya-haji-aidiladha-diisytiharkan-6-november-2011-hayatilah-pengorbanan
...............................................
Slimberry by Wella
Lose weight increase energy!
Click to Receive Free Sample
..................................
Revolutionize the email experience.
Start your FREE Trial of GetResponse Email-to-Speech.
http://www.getresponse.com/index/teamslim

