Berita MPSP

Panji Keadilan

Bantuan yuran sekolah

Penyampaian sumbangan wang tunai RM200.00
Pegawai Penyelaras Kadun Bertam Abdul Latif Abdullah menutup tirai 2010 dan membuka tirai 2011 dengan menyampaikan sumbangan beg sekolah kepada 30 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dalam Kadun Bertam.

Seorang pelajar cemerlang dari keluarga kurang mampu yang akan mendaftar esok ( 2 Jan 2011 ) di Sekolah Menengah Al-Irshad menerima sumbangan yuran persekolahan berupa wang tunai RM200.00 manakala pelajar Nur Ariff Roslan yang akan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Teknik Langkawi,Kedah pada 04 Jan 2011 dan Nur Anisha yang akan menyambung pelajaran ke tingkatan 1 masing-masing menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM100.00.

Penyelaras Kadun Bertam sempat menasihati pelajar-pelajar yang menerima sumbangan agar belajar dengan tekun dan rajin agar mereka mendapat keputusan yang baik pada tahun 2011 ini.Beliau juga berharap dengan sumbangan yang tidak seberapa itu akan menambah semangat pelajar untuk terus menyambung pelajaran masing-masing sehingga mencapai kejayaan yang diingini setiap ibubapa.

Ibu kepada pelajar Nur Shariqah Zainudin berasa amat gembira dengan sumbangan tersebut.Beliau yang berniaga secara kecil-kecilan di Pekan Kepala Batas bersyukur kerana dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban persekolahan anak-anak beliau.

Gallery Sumbangan Persekolahan Penyelaras Kadun Bertam

Posted by Admin on 11:40 PTG. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Bantuan yuran sekolah

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery