Berita MPSP

Panji Keadilan

Selamat Hari Deepavali

Bertam;01 November 2010

Deepavali disambut semua kaum.Deepavali yang membawa maksud Cahaya diharapkan dapat menerangi kehidupan bukan sahaja kaum India malahan ianya diharapkan dapat menerangi kehidupan semua kaum di Parlimen Kepala Batas ujar Naib Ketua PKR Cabang Kepala Batas,Gunasegaran A/L Pakari yang ditemui semasa menerima hamper raya Deepavali.

Pada tahun ini sebanyak 100 hamper raya Deepavali disediakan Pegawai Penyelaras Kadun Bertam khusus untuk kaum India di Parlimen Kepala Batas.Sebahagian hamper tersebut disumbang oleh dermawan dari kaum India sendiri yang merupakan seorang usahawan yang berjaya dari Pokok Machang,Tasek Gelugor.Majlis penyerahan sumbangan hamper raya deepavali telah diadakan di Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun Bertam.

Turut menyampaikan hamper raya Deepavali kepada penerima adalah Exco Agama YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim yang sanggup hadir walaupun baru sahaja selesai persidangan DUN Pulau Pinang.Beliau merasa amat gembira kerana majlis ringkas pemberian hamper raya Deepavali yang diadakan ini walaupun tanpa jamuan dan penerima terpaksa menunggu kehadiran beliau hampir satu setengah jam kerana terperangkap dalam kesesakan jalanraya dalam perjalanan.YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim sewaktu beramah mesra dengan mereka penerima hamper menasihatkan supaya dapat menerima sumbangan ini walaupun tidak seberapa nilainya dengan hati yang ikhlas dan berharap mereka dapat merayakan Deepavali yang akan tiba dengan penuh kegembiraan.

Pada hari yang lain hamper raya Deepavali disampaikan terus kerumah penerima yang tidak dapat hadir diMajlis penyerahan disebabkan keuzuran.Pegawai Penyelaras Kadun Bertam bersama Gunasegaran dan Tamil Arason mengunjungi rumah-rumah mereka yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan juga mereka yang kurang upaya.Ada ibu tunggal menangis tanda gembira semasa menerima hamper raya Deepavali hanya kerana hamper tersebut diserah terus kerumahnya memandangkan beliau tidak pernah dikunjungi mana-mana pemimpin dari Barisan Nasional terutamanya MIC selama ini.

Posted by Admin on 12:18 PG. Filed under , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Selamat Hari Deepavali

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery