Berita MPSP

Panji Keadilan

Proses Pemilihan 2010 Cabang Kepala Batas Berjalan Lancar

Kepala Batas : 31 Oktober 2010

Proses Pemilihan 2010 Majlis Pimpinan Pusat Parti KeADILan Rakyat bagi Cabang Kepala Batas yang diadakan pada 31 Oktober 2010 bertempat di Pejabat Pegawai Penyelaras Kadun Bertam berjalan lancar.Pusat pemilihan yang terletak di Taman Sri Serdang Kepala Batas dibuka seawal 8.30 pagi.Anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Kepala Batas mula membuang tepat pada jam 9.00 pagi.Proses pembuangan undi tamat pada jam 4.00 petang sebagaimana tempoh waktu pembuangan undi yang ditetapkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

Ketua Cabang Kepala Batas yang turut memerhati perjalanan pemilihan 2010 bersyukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini terjadi.Setiausaha Negeri YB Dato' Abdul Halim Husain sewaktu melawat pusat pemilhan berharap anggota Cabang Kepala Batas keluar mengundi hari ini akan mencapai 10% daripada keseluruhan jumlah anggota Cabang Kepala Batas.

Turut berada ditempat pusat pemilihan,YB Sen Zamberi Yusof yang tiba dari Kedah.Beliau menyarankan kepada pihak Parti agar mengambil pengalaman dari proses pembuangan undi yang sedang berlangsung di Cabang-Cabang hari ini.

Proses pengiraan undi juga diadakan ditempat yang sama selepas waktu pembuangan undi tamat.Pengiraan undi yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat dan dibantu oleh anggota Cabang Kepala Batas tamat pada jam 9.00 malam.

Keputusan bagi Jawatan Timbalan Presiden masing-masing adalah Azmin Ali 39 undi,Mustafa Kamil 2 undi dan Zaid Ibrahim 55 undi.

Posted by Admin on 1:22 PTG. Filed under , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Proses Pemilihan 2010 Cabang Kepala Batas Berjalan Lancar

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery