Pemilihan 2010 PKR : Nurul Kekal Di Hadapan
Nurul Izzah Anwar
mengekalkan kedudukannya di tempat teratas bagi jawatan naid presiden
PKR dengan mengutip 11,042 undi dengan pengundian hanya tinggal seminggu
sahaja lagi.
![]() |
Keputusan rasmi itu adalah selepas ahli PKR di Selangor - negeri dengan jumlah ahli parti tertinggi mengundi pada hujung minggu lalu.
Bagi jawatan timbalan presiden - Azmin Ali mendahului Mustaffa Kamil Ayub dengan majoriti lebih 11 ribu undi setelah Datuk Zaid Ibrahim menarik diri dan mengumumkan meninggalkan PKR hari ini.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata selepas selesai 165 cabang, Azmin mendapat 14,751 undi, manakala Mustaffa mendapat 3,401.
![]() |
Bagi jawatan Ketua AMK, penyandangnya Shamsul Iskandar Md Akin mendapat 3,981undi, manakala Badrul Hisham Shahrin mendapat 3,273 undi.
Bagi jawatan timbalan ketua AMK, ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendapat 3,908, manakala ADUN Teja Chang Lih Kang mendapat 3,054 undi.
Bagi jawatan ketua Wanita, penyandangnya Zuraida Kamaruddin mendapat 4,510. Manakala dua pencabarnya Suraya Sudin mendapat 1,181 undi dan Animah Ferrar mendapat 967 undi.
Bagi jawatan timbalan ketua Wanita pula, exco kerajaan Selangor Rodziah Ismail mendapat 5,167 undi, manakala Asmah Abdul Kadir memperolehi 1,126 undi.
![]() |
Malah, beliau juga berharap baki 57 cabang lagi juga akan berlangsung seperti yang diharapkan.
"Saya menggesa anggota parti keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab (minggu hadapan)," katanya.
Ditanya mengenai peratusan pengundian yang berakhir sejak semalam, Saifuddin berkata sebanyak 8.4 peratus daripada keseluruhan anggota telah keluar mengundi.
PKR mendakwa mempunyai 400,000 anggota parti di seluruh negara.
![]() |
"Sewaktu beliau beliau bertanding, peratusan keluar mengundi 7 hingga 8 peratus. Selepas beliau menarik diri, begitu juga (peratusan itu).
"Jadi tidak ada peratusan signifikan membenarkan andaian itu," katanya.

