Ketua Pembangkang Angkuh Digantung
Pulau Pinang : 01 November 2010
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada hari ini ( 01 Nov 2010 ) telah menarik minat ramai pada sessi usul yang dibentang YAB Ketua Menteri.YAB Lim Guan membentang usul mengantung YB Penaga yang juga Ketua Pembangkang untuk mendapat kelulusan DUN.
Usul dibentang terhadap YB Penaga atas kesalahan beliau yang mengucapkan perkataan-perkataan yang boleh disifatkan menghasut dengan tujuan menakut-nakutkan pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa jika tidak percaya pihak polis pihak tentera akan mengambilalih Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada sidang DUN bulan Mei lepas.
Ketua pembangkang semasa membalas hujah amat angkuh dengan menyatakan usul yang dikemukakan kepada beliau merupakan usul cacat cela dan melanggar peraturan 37 sidang DUN.Beliau berkata sebagai tertuduh beliau langsung tidak diberi peluang membela diri dan usul yang dibentang pada petang ini sengaja direka-reka bagi mengantung beliau.
Beberapa ADUN lain dari pihak pemerintah telah berhujah dengan baik bagi menyokong usul tersebut.YB Kebun Bunga dalam hujah beliau telah menasihati Ketua Pembangkang supaya mengakui kesilapan yang dilakukan dan bertaubat melalui petikan ayat Al Quran dari surah Al Imran.
YAB Ketua Menteri semasa menggulung penghujahan berkali-kali merayu kepada YB Penaga supaya insaf atas kesilapan yang dilakukan dan memohon agar Ketua Pembangkang menarik balik perkataan-perkataan yang beliau ucapkan yang berbau hasutan dan meminta maaf didalam sidang DUN ini.Namun YB Penaga tetap dengan kedegilan beliau masih menegakan benang yang basah.Beliau menafikan perkataan-perkataan yang beliau ucapakan bukanlah berbau hasutan.Sekali lagi YAB Ketua Menteri dengan nada yang agak keras mengigatkan Ketua Pembangkang yang beliau telah berkata "Siapa peduli dengan undang-undang" pada sidang DUN lepas yang membawa erti Ketua Pembangkang telah mencabar Perlembagaan yang didokung rakyat melalui proses demokrasi.
Yang Dipertua DUN Datuk Abdul Halim Hussain akhirnya pada persidangan hari ini telah meluluskan usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng (Air Putih-DAP) yang mana usul tersebut disokong oleh kesemua ADUN Pakatan Rakyat.Walaupun digantung selama enam (6) bulan bermula Ogos lepas,gaji dan elaun beliau sebagai YB Penaga dan Ketua Pembangkang tetap berjalan.Tidak berpuashati dengan keputusan sidang DUN,YB Penaga terus bangun meninggalkan Dewan Undangan Negeri diikuti semua YB-YB pembangkang.
YB Penaga ( Ketua Pembangkang ) diikuti semua YB UMNO meninggalkan sidang DUN.

