Berita MPSP

Panji Keadilan

Penyerahan Laptop kepada JKKK

Penyelaras Kadun Bertam menyaksikan penerimaan Kamera Digital yang disampaikan oelh Tim YDP PAS Kawasan Kepala Batas kepada Pengerusi JKKK Padang Benggali
Bertam;23 Oktober 2010

Pengerusi JKKK Padang Benggali dan Permatang Sintok yang terletak dibawah pentadbiran Kadun Bertam telah menerima sumbangan set lengkap IT.Set tersebut terdiri daripada sebuah Laptop,Kamera digital serta mesin pencetak yang dilengkapi mesin photocopy dan fax.

Peralatan tersebut diperolehi melalui peruntukan Kadun Bertam yang telah diluluskan oleh Penyelaras Kadun Bertam Sdr Abdul Latif Abdullah.JKKK yang menerima perlatan tersebut diharapkan dapat meningkatkan produktivi kepada rakyat dengan meningkatnya kecekapan pentadbiran dan pengurusan JKKK.Seterusnya dapat menambahbaikan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mengamalkan budaya CEKAP.

Majlis penyerahan tersebut diadakan sempana Kursus Bina Insan JKKK Kadun Bertam 2010.Penyelaras kadun Bertam sewaktu membuat ucapan aluan menyarankan agar JKKK yang berada dibawah Kadun Bertam akan meningkatkan perhidmatan kepada rakyat didalam kawasan masing-masing.Dengan adanya perlatan lengkap kepada JKKK diharapkan semua JKKK Kadun Bertam akan lebih yakin menyertai pertandingan JKKK terbaik yang dianjurkan Kerajaan Negeri dan mampu tampil sebagai pemenang.

Kursus Bina Insan JKKK Kadun Bertam 2010 telah bermula dari jam 8.00 pagi dan tamat pada pukul 2.00 tengahari.Kursus tersebut telah disertai oleh Pengerusi,Setiausaha dan 3 orang dari Enam (6) kawasan JKKK yang terdapat dalam Kadun Bertam.

Pengerusi JKKK Pinang Tunggal yang memenangi JKKK terbaik peringkat negeri Pulau Pinang memberikan ceramah bertajuk "Pentadbiran dan Pengurusan JKKK Yang Efektif".Beliau menekankan setiap JKKK seharusnya mempunyai hala tuju dan perancangan tahunan jelas agar apa yang ingin dicapai terlaksana.

Haji Anuar Hashim,Pegawai Perhubungan Pejabat Ketua Menteri ketika menutup Kursus tersebut telah memberikan motivasi kepada peserta.Tugas dan tanggungjawab JKKK yang memberi khidmat kepada rakyat adalah amat berat berbanding dengan elauan diperolehi JKKK yang tidak seberapa.Namun begitu JKKK tetap memikul juga amanah yang diberikan agar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuasai Pakatan Rakyat dapat terus memerintah.

Posted by Admin on 3:45 PG. Filed under , , , , , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0

0 comments for Penyerahan Laptop kepada JKKK

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Find Us

Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery