Pelancancaran Pusat Khidmat Rakyat KADUN Bertam
Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras KADUN Bertam telah disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri pada 23 Mei 2010.
Berikut adalah ucapan penuh YAB Ketua Menteri.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Y.B. Tuan Phee Boon Poh
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Y.B. Tuan Haji Mohd. Salleh Man
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tn. Hj. Muhamad Sabu
Pegawai Penyelaras KADUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal ; JKKK Kampung
Barisan pihak media massa
Muslimin dan Muslimat
Tuan-Tuan / Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian.
Salam Hormat dan Selamat Sejahtera
Syabas dengan semangat kesepakatan yang ditunjukkan oleh Pegawai Penyelaras, JKKK Kampung dan penduduk-penduduk setempat ketiga-tiga DUN yang dapat berhimpun di bawah satu bumbung bersempena majlis Pelancaran Pusat Khidmat DUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal di kawasan Parlimen Kepala Batas pada petang ini.
Jutaan penghargaan kepada semua yang terlibat, yang turut bersama mencurah tenaga, bertungkus-lumus dalam menjayakan kelancaran majlis yang bakal mencatatkan sejarah di dalam pemerintahan PR Berjiwa Rakyat berasaskan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).
YB/YBhg Dato/Datin/Tuan/Puan sekalian,
Jika sebelum ini, para penduduk di kawasan-kawasan pembangkang hanya boleh berurusan dan membuat sebarang permohonan melalui JKKK yang kebiasaannya beroperasi di kediaman masing-masing tanpa pejabat khas, kini, dengan adanya pusat-pusat khidmat dikelola oleh Pegawai Penyelaras KADUN, ia akan lebih berpusat dan sekaligus memudahkan segala urusan berkait dengan keperluan rakyat jelata.
Tambahan pula, waktu operasi pusat khidmat yang bermula pukul 9 pagi - 5 petang untuk DUN Penaga dan DUN Bertam manakala 8.30 pagi – 4.30 petang dari hari Isnin – Jumaat, DUN Pinang Tunggal bakal membuka banyak ruang untuk penduduk tempatan untuk berinteraksi dengan para pegawai bertugas. Sekiranya tiada pegawai bertugas di pejabat antara tempoh waktu ini, saya minta tolong sampaikan kepada pucuk pimpinan.
Sekiranya berlaku kecemasan pada hari minggu, para penduduk boleh menghubungi nombor talian Pegawai Penyelaras dan juga pegawai-pegawai bertugas yang dipamer di luar pejabat.
Pendek kata, inilah usaha berterusan kita dalam misi mewujudkan sebuah Kerajaan baik! Kita mengambil inisiatof untuk menghasilkan satu kad laporan. Kita memberi harapan kepada golongan muda manakala penghargaan kepada warga emas. Jelas sekali, apa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri adalah untuk menjaga semua rakyat di seluruh negeri ini. Contohnya, Program Penghargaan Warga Emas memastikan semua yang berdaftar memperoleh sumbangan RM100 dan usaha diteruskan untuk golongan warga emas yang belum lagi membuat sebarang pendaftaran.
Sekiranya terdapat Kerajaan yang baik dan bersih, kita akan dapat jimatkan wang. Itulah utusan yang ingin dimaklumkan kepada rakyat. Dalam tempoh setahun, Kerajaan Negeri juga berjaya membasmi miskin tegar. Inisiatif ini hanya berlaku di negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri ingin memastikan setiap keluarga memperoleh pendapatan RM500 sebulan bagi tujuan pelaksanaan program miskin tegar. Kita akan mengambil tindakan segera sekiranya terdapat laporan walaupun daripada pihak pembangkang. Ini adalah kerana kita ingin membantu keluarga miskin. Usaha ini merupakan peringkat pertama yang dijalankan. Pada tahun depan, kita harap jumlah peruntukan kepada golongan ini dapat ditambah lagi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Daripada jumlah keseluruhan 764 individu dan keluarga berpendapatan rendah (miskin) berdaftar di seluruh negeri Pulau (sehingga April 2010), daerah Seberang Perai Utara (SPU) mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 352 kes (46 peratus) – perangkaan paling tinggi membabitkan kawasan Penaga dan Bertam - kedua-duanya di kawasan UMNO!
Dengan majoriti 85 peratus penduduk berketurunan Melayu, DUN Penaga lazimnya menghadapi banyak cabaran sosio-ekonomi yang saya percaya keadaan ini boleh diubah kerana Melayu adalah kaum yang tidak mudah patah semangat dan amat tinggi semangat perjuangannya!
Apatah lagi dengan galakan serta insentif khas Kerajaan PR seperti pinjaman mikro kredit tanpa faedah sehingga jumlah maksimum sebanyak RM5,000 untuk rakyat miskin di mana sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri khususnya bagi ibu tunggal ; diskaun bayaran lesen sebanyak 50% kepada semua penjaja dan nelayan di Pulau Pinang mulai tahun ini ; pengwujudan kerja sehingga terdapat 20,000 kerja kosong di Pulau Pinang sekarang.
Pada aspek kebajikan, Kerajaan PR Berjiwa Rakyat turut menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM97,000 (secara purata) kepada Sekolah Agama Rakyat ; memberi pengiktirafan kepada golongan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas melalui sumbangan RM100 Program Penghargaan Warga Emas serta RM1,000 sumbangan pengurusan jenazah/kematian untuk si waris ; negeri pertama di Malaysia yang berjaya membasmi miskin tegar dalam masa setahun dan memastikan setiap keluarga memperoleh bantuan RM500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) ; menambah peruntukan kepada hal ehwal agama Islam daripada RM12.5 juta pada tahun 2008 (tahun terakhir BN memerintah), kepada RM20.5 juta pada tahun 2009 dan RM24.3 juta pada tahun 2010 serta memastikan tempat ibadat untuk penganut bukan Islam ; mengenai rebet bekalan air, rebet sebanyak RM5 diberikan kepada isi rumah yang dikenakan bil penggunaan kurang daripada RM50 dan rebet RM10 diberikan kepada bil penggunaan mencecah RM50 ke atas.
Sebagai penjelasan lanjut, saya minta semua dapat membaca dengan teliti dasar-dasar yang terdapat di dalam risalah ini. Hakikatnya, kita mempunyai lebih daripada 30 dasar, namun, ekoran ruang yang amat terhad, kita hanya mampu masukkan jumlah bilangan ini sahaja. Dalam pada itu, saya berharap semua Pegawai Penyelaras turut dapat membantu rakyat memahami dan menyokong kepada nilai-nilai murni Kerajaan Negeri kerana bukan mudah untuk membentuk sebuah Kerajaan selepas 51 tahun. Kini kita ada peluang, justeru, kita perlu ada nilai untuk mewujudkan sebuah Kerajaan baik. Dalam tempoh 51 tahun, rakyat telah diracuni, lazimnya, rakyat yang berkuasa di sini dan bukannya Kerajaan PR, Kerajaan PR hanya memerintah sahaja. Kita ingin membawa pembangunan, namun, pembangunan perlu dibuat secara bertanggungjawab dan jangan sesekali membawa padah kepada rakyat.
Berasaskan kekayaan kesan-kesan sejarah, saya yakin DUN Penaga yang ditunjangi oleh enam kawasan JKKK iaitu Pasir Gebu, Permatang Janggus, Kota Aur, Penaga, Bakau Tua, Lahar Kepar dan Guar Kepah juga dapat dibangunkan sebagai salah satu pusat pelancongan utama bagi negeri Pulau Pinang. Ini adalah hasil penemuan tapak pra-sejarah berusia 6,000 tahun di Guar Kepah oleh pihak USM.
Sesungguhnya, selain Penaga, Kerajaan Negeri juga amat serius dalam usaha membangunkan DUN Bertam dan DUN Pinang Tunggal yang masing-masing berada di bawah satu Parlimen Kepala Batas.
Dalam pada itu, sebagai penjelasan tambahan, terdapat empat JKKK – Padang Benggali, Permatang Sintok, Permatang Serdang dan Kepala Batas berada di bawah kelolaan DUN Bertam manakala JKKK yang menunjangi DUN Pinang Tunggal adalah Paya Keladi, Bumbung Lima, Pinang Tunggal, Kubang Menerong, Kampung Tok Bedor dan Kampung Selamat.
Matlamat kita adalah untuk selesaikan masalah rakyat. Justeru, 17 JKKK Kepala Batas perlu bersama untuk membawa perubahan ini. Semua wang yang diperuntukkan adalah halal. Oleh itu, rakyat dapat menikmatinya. Jalankan tugas dengan amanah dan mengikut lunas-lunas yang betul demi mahligai kita di akhirat.
YB/YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan sekalian,
Saya berharap majlis pelancaran pada hari ini akan membuka satu agenda perjalanan baru kepada seluruh penduduk DUN Penaga, Bertam dan Pinang Tunggal.
Kita Kerajaan PR Berjiwa Rakyat sentiasa memegang prinsip untuk terus memperjuangkan hak dan kepentingan seluruh rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum, agama, kawasan ataupun latar belakang seseorang individu.
Ini jelas dilihat di dalam program penghargaan warga emas di mana orang UMNO, MCA, Gerakan, MIC pun terima, bukan macam dulu yang mainkan politik cantas terhadap kami. Maka saya sendiri telahpun menyatakan bahawa sekiranya Koh Tsu Koon ataupun Ketua Pembangkang Dato’ Azhar pohon, saya sendiri akan bagi RM 100 kepada mereka.
Di samping itu, komitmen Kerajaan PR untuk terus membawa perubahan turut dapat dibuktikan melalui risalah 30 Dasar Kerajaan Berjiwa Rakyat yang dilancarkan pada Jumaat lalu. Perhatikan risalah yang telah diedarkan kepada tuan-tuan dan puan-puan, di dalam tempoh dua tahun ini, banyak yang telah kita capai dan apa yang lebih membanggakan adalah negeri Pulau Pinang sentiasa muncul negeri pertama dan memimpin program-program serta dasar-dasar pada aspek kebajikan sosial, persekitaran, keadilan, kebebasan, pendidikan, kebenaran dan ketaqwaan kepada Tuhan.
Ini semua adalah hasil sokongan dan dorongan daripada seluruh rakyat Pulau Pinang!
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Bukannya senang menghadapi tekanan dan kritikan daripada pihak pembangkang yang kini dianggap telah hilang modal, namun kita harus teruskan usaha untuk mendirikan sebuah Kerajaan baik.
Seperti di Sibu, kita dapat berjaya sekiranya sentiasa memperingati tiga aspek penting sebuah Kerajaan baik yang dengar suara rakyat, buat kerja rakyat dan beri harapan kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, jantina dan latar belakang.
Sekian terima kasih.